UMMAH MUHAMMAD

ISLAM IMAN IHSAN

Kaki Bola : Tandatangani Semula Fabio Aurelio


Liverpool FC telah menandatangani semula Fabio Aurelio selepas pemain ini dilepaskan secara percuma pada bulan Mei lepas. Pemain ini telah menandatangani kontrak 2 tahun bersama the Reds.

"Roy Hodgson telah meminta pegawainya untuk mencari tahu samada pemain ini telah mendapat kelab baru,dan ternyata dia belum,maka roy pun menandatanganinya."

Sedikit Tentang Aurelio :

Nama Penuh : Fabio Aurelio Rodrigues

Umur : 30

Tarikh Lahir : 24 September 1979

Posisi : Pertahanan Kiri, Sayap Kiri

No. Jersi : 12


Sedikit Komen : Good news.. Fabio pemain yg bagus kalau ia fit.. And pakar freekick.. Lagipun ea sinonim dah dengan the Reds..

Rating : 8/10

Kenali Ulama Islam : Imam Ghazali r.a



Abu Hamid Muhammad Ibn Muhammad al-Ghazali dikenali sebagai Imam Ghazali adalah ilmuwan terbilang Islam suatu ketika dahulu. Beliau juga dipercayai wali Allah subhanahu wataala.

Abu Hamid Ghazali dilahirkan pada tahun 450 Hijrah di desa Ghazalah, di pinggir kota Tus, yang terletak pada hari ini di bahagian timur laut negara Iran, berdekatan dengan kota Mashad, ibu kota wilayah Khorasan.

Ayahnya meninggal dunia ketika Imam Ghazali berumur lebih kurang enam tahun. Setelah ayahnya meninggal dunia, beliau dan adik lelakinya yang bernama Ahmad, telah hidup di bawah asuhan seorang sahabat ayah mereka, seorang Mutasawwif. Membesarnya Imam Ghazali dipenuhi dengan menuntut ilmu seperti ilmu nahu, ilmu hisab, ilmu fiqh dan beliau amat cenderung kepada ilmu tasawwuf. Beliau juga menghafal kitab suci Al-Quran.Di Madrasah an-Nizamiyyah di kota Nisyabur, ketajaman pemikiran Imam Ghazali telah mula kelihatan. Di pusat pengajian tinggi ini, beliau telah belajar ilmu-ilmu agama dan ilmu-ilmu seperti ilmu Fiqh, ilmu Usul, ilmu Mantiq, ilmu Falsafah, ilmu Kalam dan ilmu perdebatan. Kesemua ilmu-ilmu ini telah dikuasainya dengan mudah. Dari sinilah, beliau telah mula menulis kitab-kitabnya. Antara kitab-kitab karangan beliau ialah Ihya Ulumuddin, Bidayah al-Hidayah, Risalah Ladunniyyah, Munqidh Minal Dolal, Minhaj al-Abidin, Mizan al-Amal, Kimiya as-Sa'adah, Misykah al-Anwar.
Beliau menghembuskan nafas terakhirnya ketika berumur 53 di kota Tus pada 1111 Masehi.

Selamat Memasuki ITB


Mabruk kepada yang berjaya memasuki ITB.. And kepada yang berkenaan, rajin2 belajar atu, jangan gauk2,kana acut karang.. Moga Allah memberi keberkatan dalam tiap sesuatu yang anda tempuhi..Amin

pesanan : Lanja~ ehe

Kaki Bola : Pembelian Seterusnya, Danny Wilson


Pemain seterusnya yang ditandatangani Roy Hodgson ialah Danny Wilson. Nampaknya Roy ani aktif dalam pembelian pemain untuk menguatkan kelab untuk menaikkan balik kelab nya.

Daniel "Danny" Wilson baru berumur 18 dan berasal dari Scotland. Negara yang pernah melahirkan lagenda2 untuk Liverpool FC dulu seperti Bill Shankly, Ron Yeats, Kenny Dalglish, Graeme Souness, Alan Kennedy etc..Wilson telah menyarungi jersi Scotland pada usia yang muda, satu pencapaian yang baik. Antara anugerah yang dimenanginya ialah Scottish FWA Young Player Of The Year dan Scottish PFA Young Player Of The Year.

Sedikit Tentang Danny Wilson:

Nama Penuh: Danei Wilson

Umur: 18

Tarikh Lahir: 27 Disember 1991

Posisi: Pertahanan Tengah


Sedikit Komen: Lihat kejayaan, memang bagus bagi seorang pemain muda.. Atleast, sebagai pengganti Kyrgiakos yang 70% pindah.

Rating: 7.5

Kenangan : Percutian Ke Kuala Lumpur

Pemandangan Indah Dari Masjid "Besi"


Lawa kan, betul betul~


Disekitar Putrajaya


Babu Babah di Bukit Bintang


Marung nyaaa..





Bunga nya diskaun 50%





Bersama Syed Afidzul. Masani ea study di Kolej University Islam Selangor



Menunggu2 KTM dari Bangi ke KL. Bangi??Mawii~



Di luar Alamanda, Mall di Putrajaya..



Gambar yang di ambil oleh Syakor, keluarga di KL



Otw balik dari Genting Highland


Bersama Syakor di Genting.. Sajuk~


Unik kan bunga nya



Bukit Bintang



Makan.. Lapar parut ku..



Kenali Ulama Islam : Hassan Al-Basri r.a


Beliau ialah Abu Sa'id al-Hasan ibn Abil-Hasan Yasar al-Basri, seorang cendikiawan agung Islam. Al-Basri dinasabkan dari nama Kota Basrah. Hassan al-Basri dilahirkan di Kota Medinah disaat pemerintahan Khalifah Umar Al-Khattab. Pernah menyusu pada Ummu Salama, isteri Rasulullah (Selawat serta Salam keatas Baginda), ketika ibunya keluar melaksanakan suruhan beliau. Imam Hassan al-Basri pernah berguru kepada beberapa orang sahabat Rasulallah sehingga beliau muncul sebagai seorang ulama terkemuka dalam peradaban Islam.

Hasan menjadi guru di Basrah dan membuka Madrasah disana. Antara pengikutnya yang terkenal adalah Amr Bin Ubayd dan Wasil Bin Ata', pengasas mazhab Mu'tazilah. Yang mana disebabkan pertentangan pendapat dengan tuan guru telah mengakibatkan mereka di asingkan dan menubuhkan mazhab tersebut.

Hasan Al-Basri mengamalkan cara hidup yang zuhud. Menurut beliau takut adalah asas kepada moral dan kesedihan adalah ciri agama, kehidupan hanyalah perjalanan untuk ke akhirat, dan kesenangan hendaklah dinafikan untuk menewaskan nafsu. Hasan al-Basri juga dipandang tinggi oleh Ahli Sufi kerana sikap zuhudnya.

Hasan dikenali sebagai seorang yang suci jiwanya menyamai para sahabat. Hassan al-Basri meninggal di Basrah, Iraq, pada 110 Hijrah (728 Masihi).

Kaki Bola : Liverpool FC Sempurnakan Perpindahan Joe Cole



Joseph John "Joe" Cole atau lebih dikenali Joe Cole telah sempurna melakukan perpindahan percuma ke Liverpool FC (seperti yang tertera di atas, latihan pertamanya disamping pengurus baru Liverpool, Roy Hodgson. Joe Cole adalah produk youth West Ham FC sebelum berpindah ke Chelsea FC. Disana beliau terus menaiki ranking pasukan dan menjadi pilihan pengurus pasukannya. Larian pantas, licik dan kontrol bola yang menakjubkan menjadikannya pemain yang berbahaya. Namun beliau bukanlah pilihan pengurus Carlo Ancelotti sehingga kontrak beliau tidak dapat dimeterai. Pada 19hb Julai 2010 sempurnalah perpindahannya ke Liverpool FC dengan kontrak bernilai $18.7 Juta Pound Sterling. Beliau diberi jersi no.10 *Mudahan saja dapat balikkan zaman gemilang dulu atu*

Sedikit Tentang Joe Cole:

Nama Penuh: Joseph John Cole
Umur: 28
Tarikh Lahir: 8 November 1981
Status: Berkahwin
Isteri: Carly Zucker
Kelab Sekarang: Liverpool FC
No. Jersi: 10

Komen Sedikit : Bagus! Apalagi setelah pemergian Yossi Benayoun ke Chelsea.. Dapat tambah kreativiti dibahagian tengah..Disamping pengalaman yang ada..
Rating : 8/10

SELAMAT PUJA USIA KDYMM
DAULAT KEBAWAH DULI TUAN PATIK
KEKAL KARAR MEMERINTAH NEGARA

Selamat Datang

بسم الله الرحمن الرحيم