UMMAH MUHAMMAD

ISLAM IMAN IHSAN

Kenali Ulama Islam : Hassan Al-Basri r.a


Beliau ialah Abu Sa'id al-Hasan ibn Abil-Hasan Yasar al-Basri, seorang cendikiawan agung Islam. Al-Basri dinasabkan dari nama Kota Basrah. Hassan al-Basri dilahirkan di Kota Medinah disaat pemerintahan Khalifah Umar Al-Khattab. Pernah menyusu pada Ummu Salama, isteri Rasulullah (Selawat serta Salam keatas Baginda), ketika ibunya keluar melaksanakan suruhan beliau. Imam Hassan al-Basri pernah berguru kepada beberapa orang sahabat Rasulallah sehingga beliau muncul sebagai seorang ulama terkemuka dalam peradaban Islam.

Hasan menjadi guru di Basrah dan membuka Madrasah disana. Antara pengikutnya yang terkenal adalah Amr Bin Ubayd dan Wasil Bin Ata', pengasas mazhab Mu'tazilah. Yang mana disebabkan pertentangan pendapat dengan tuan guru telah mengakibatkan mereka di asingkan dan menubuhkan mazhab tersebut.

Hasan Al-Basri mengamalkan cara hidup yang zuhud. Menurut beliau takut adalah asas kepada moral dan kesedihan adalah ciri agama, kehidupan hanyalah perjalanan untuk ke akhirat, dan kesenangan hendaklah dinafikan untuk menewaskan nafsu. Hasan al-Basri juga dipandang tinggi oleh Ahli Sufi kerana sikap zuhudnya.

Hasan dikenali sebagai seorang yang suci jiwanya menyamai para sahabat. Hassan al-Basri meninggal di Basrah, Iraq, pada 110 Hijrah (728 Masihi).

0 comments:

Post a Comment