UMMAH MUHAMMAD

ISLAM IMAN IHSAN

Kemestian Menuntut Ilmu Sebelum Bermujahadah

Al-Ghazali telah melihat ahli-ahli sufi dizamannya dengan teliti dan cermat. Beliau mendapati punca penyelewengan di kalangan mereka ialah 'kerana jahil,jauh dari ilmu pengetahuan yang sebenar dan kesibukan mereka kepada mujahadah sebelum benar-benar menguasai ilmu pengetahuan'

-Ihya Ulumidin 3/405

Kerana itu beliau menggalakkan sesiapa sahaja yang ingin menjalani tasawwuf,supaya memulainya dengan menuntut ilmu, sebelum sibuk melakukan mujahadah. Jalan ini menyelamatkannya dari terseleweng. Orang yang menempuh perjalanan tasawwufnya dengan ilmu pengetahuan terlebih dahulu,akan pasti mempunyai kayu pengukur yang boleh mengukur salah atau tidaknya jalan yang ditempuhinya, kayu pengukur itu ialah al-Kitab dan al-Sunah.

Dakwah & Menasihati



Berdakwah atau memberi nasihat amatlah dititik beratkan keatas sekalian makhluk untuk sama-sama mendorong saudara muslim yang lain kepada iman, menyeru kepada ma'ruf dan menegah kemungkaran.

Adapun hukum berdakwah
ialah wajib keatas semua Muslim,Muslimah,berakal dan baligh. Ini berdasarkan dalil Al-Quran Surah Ali-Imran ayat 104 :

وَلۡتَكُن مِّنكُمۡ أُمَّةٌ۬ يَدۡعُونَ إِلَى ٱلۡخَيۡرِ وَيَأۡمُرُونَ بِٱلۡمَعۡرُوفِ وَيَنۡهَوۡنَ عَنِ ٱلۡمُنكَرِ‌ۚ وَأُوْلَـٰٓٮِٕكَ هُمُ ٱلۡمُفۡلِحُونَ

{Dan hendaklah ada di antara kamu satu puak yang menyeru (berdakwah) kepada kebajikan
(mengembangkan Islam) dan menyuruh berbuat segala perkara yang baik, serta melarang daripada segala yang salah (buruk dan keji) dan mereka yang bersifat demikian ialah orang-orang yang berjaya.}


عن أبي سعيد الخدري قال : سمعت رسول الله صلى الله عليه وسلم يقول : من رأى منكم منكرا فليغيره بيده
فإن لم يستطع فبلسانه ، فإن لم يستطع فبقلبه ، وذلك أضعف الإيمان . رواه مسلم


Daripada Abi Said Al-Khudri berkata : Saya mendengar Rasulallah SAW bersabda : Sesiapa yang melihat kemungkaran,hendaklah ia mengubahnya dengan tangannya, jika tiada kemampuan (mengubahnya) maka dengan lidahnya (mengubahnya yakni dengan memberi nasihat), jika tiada kemampuan maka dengan hatinya (tidak meredhai kemungkaran itu), maka itulah selemah-lemah iman.
(Riwayat Muslim)



Bagaimana mungkin seseorang yang merasa dirinya kurang dari segi ilmu agama hendak memberi nasihat kepada yang lain?

Adapun telah berselisih pendapat para ulama didalam menetapkan hukum berdakwah itu kepada dua:

1)Wajib Ain (Fardhu Ain)
Iaitu kesemua Umat Muhammad wajib menjalankan dakwah dan menyeru kepada ma'ruf menegah kemungkaran.

2)Wajib Kifa'ie (Fardhu Kifayah)
Iaitu hendaklah ada sebahagian dari Umat Muhammad yang menjalankan dakwah dan menyeru kebaikan dan menegah kemungkaran.

Dari dua Qaul atau Ra'yu (pendapat) ulama ini, pendapat yang rajih atau utama ialah pendapat yang pertama iaitu Fardhu Ain. Ini boleh dilakukan dengan seseorang itu menyeru kepada kebaikan mengikut kadar kemampuan ilmunya.
Misalnya, ia menyeru kepada kebaikan yang semampu kadar ilmunya yang ada padanya. Ia mempergunakan ilmu yang ada padanya untuk menyeru insan lain kepada kebaikan walaupun ia benda sedikit.


Namun begitu, Allah SWT amat menegah sesiapa yang memberi nasihat sedang dirinya sendiri melakukan kemungkaran itu.

Sepertimana yang ditegaskannya didalam Surah Saaf ayat 2-3 :


يَـٰٓأَيُّہَا ٱلَّذِينَ ءَامَنُواْ لِمَ تَقُولُونَ مَا لَا تَفۡعَلُونَ
ڪَبُرَ مَقۡتًا عِندَ ٱللَّهِ أَن تَقُولُواْ مَا لَا تَفۡعَلُونَ


{Wahai orang-orang yang beriman! Mengapa kamu memperkatakan apa yang kamu tidak melakukannya! (2)
Amat besar kebenciannya di sisi Allah kamu memperkatakan sesuatu yang kamu tidak melakukannya. (3)}


Dari dalil ini, jelaslah bahawa Allah SWT amat menegah sifat tersebut, dan mengisytiharkan kebenciannya kepada hambanya yang memiliki sifat tersebut.
Ternyata inilah yang menyebabkan Imam Ghazali RA agak berhati-hati dalam melahirkan nasihatnya.

Menurut Ibn al-Sam'ani: Saya pernah membaca satu surat yang dihantar oleh al-Ghazali kepada Abu Hamid ibn Ahmad bin Salamah di Mausul. al-Ghazali menjelaskan dalam surat tersebut :

"Untuk memberi nasihat,
saya bukanlah orang yang layak untuk itu,kerana nasihat memerlukan zakatnya. Nisabnya ialah mengambil pengajaran dari nasihat yang disampaikan. Orang yang tidak cukup nisabnya, bagaimana ia dapat mengeluarkan zakat. Orang yang tidak mempunyai pakaian,bagaimana mungkin ia dapat menutup badan orang lain.
Bila bayang-bayang akan betul kalau tiang tetap bengkok?.
Allah SWT mewahyukan kepada nabi Allah Isa AS : Nasihatilah diri anda terlebih dahulu.
Apabila anda sudahpun mengambil pengajaran daripada nasihat anda bolehlah anda menasihati manusia.
Jika tidak, malulah kepada Aku."


Dipetik dari: Tabaqat al-Syafi'iyyah al-Kubra oleh al-Subki.



Dari petikan diatas,dapatlah kita perhatikan dua perkara penting :

1) Seseorang yang ingin memberi nasihat itu mestilah mempersiapkan dirinya sebaik mungkin untuk didengar orang lain.Tidak boleh jika
dia memberi nasihat sedang dia masih bergelumang dalam perkara yang dinasihatkannya untuk dijauhi itu.

2) Penerima nasihat mestilah mengambil iktibar dari nasihat yang diberikan kepada. Tidak boleh jika dia memerlukan nasihat sedangkan dia tidak mengamalkan nasihat itu dalam hidupnya.


Dari sini,dapatlah kita ambil bahawa tanggungjawab menasihati itu amatlah berat untuk dipikul lebih-lebih lagi kerana manusia itu mempunyai akal fikiran sendiri untuk menilai sesuatu itu baik dan buruknya.
Ini kerana,tiada sesiapa pun dapat mengubah kejadian seseorang itu melainkan dirinya sendiri.

Allah berfirman didalam surah ar-Raad :

إِنَّ اللَّهَ لا يُغَيِّرُ مَا بِقَوْمٍ حَتَّى يُغَيِّرُوا مَا بِأَنْفُسِهِمْ

{Allah tidak akan merubah apa yang ada pada sesuatu kaum sehingga ia mengubah apa yang ada pada diri mereka sendiri.
}

Marilah kita sama-sama muhasabah diri dan menyeru kepada kebaikan menegah kemungkaran dan sama-sama mengambil iktibar apa yang kita pelajari.

Sebelum saya mengakhiri Artikel ini,saya ingin memohon seribu kemaafan jika ada kekurangan pada isi dan penulisan saya, kerana saya hanya insan dho'if yang masih tercari-cari kebahagian ilmu.Adapun penulisan ini adalah dakwah mengikut kadar ilmu yang dimiliki hasil didikan para Muallim dan Asatizah.

Sebahagian isi penulisan ini berdasarkan pembelajaran saya didalam maddah 'Madkhal Ila Dakwah' tahun 2 atas bimbingan
Yang Mulia Prof. Sayid Ismail al-Sawiy dan Ustazah Halimatul Wara', Syukran jazilan.

Wallahu A'lam,

Rujukan:,
Madkhal ila Ilm Dakwah,Muhammad Abul Fathi al-Bayanuni,
Pejuangan al-Ghazali,Menegak Kebenaran & Menghapuskan Kebatilan,Salih Ahmad al-Shami,terjemahan Basri bin Ibrahim al-Hasani al-Azhari

Sepanjang Forum & Lawatan Institusi Indonesia